{VIDEO} Kronologi pesawat terhempas di Elmina

Tragedi pesawat terhempas di sekitar kawasan perumahan Elmina, Seksyen U16 telah menggemparkan negara apabila orang awam berkongsikan detik cemas di dalam pelbagai platform media sosial.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.

Namun, pesawat malang itu terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.

Berikut adalah kronologi sehingga membawa kepada tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam:

2:08 petang: Pesawat dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

2:47 petang: Hubungan pertama oleh pesawat berkenaan dengan Menara Kawalan Trafik Udara Subang.

2:48 petang: kebenaran mendarat telah diberikan pada pukul.

2:51 petang: Menara Kawalan Trafik Udara Subang telah melihat asap dari lokasi nahas namun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh pesawat tersebut.

5:00 petang: Datuk Hussein Omar Khan menyatakan, beliau mengesahkan 10 nyawa terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

6:00 petang: Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun, dilaporkan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas jet persendirian di Elmina.

7:20 malam: Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung tragedi pesawat ringan terhempas langsung dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.

Menurut kronologi yang dikongsikan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), pesawat membawa dua kru kapal dan enam penumpang.

Kejadian pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di kawasan perumahan Elmina, berhampiran susur keluar Lebuhraya Guthrie, di sini, petang tadi, sempat dirakam kamera dashcam beberapa kenderaan ketika kejadian.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman juga, menerusi ciapannya di Twitter berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

{VIDEO} Kronologi pesawat terhempas di Elmina

Berdasarkan siaran media bersama Menteri Pengangkutan Anthony Loke, beliau menyatakan nama kru dan penumpang yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmia, Shah alam.

Kru:

Shahrul Kamal bin Roslan
Heikal Aras bin Abdul Azim
Penumpang:

Kharil Azwan bin Jamaludin
Shaharul Amir bin Omar
Mohamad bin Mohamed Muaidi
Dato’ Seri Johari bin Harun
Muhammad Taufiq bin Mohd Zaki
Idris Abdol Talib @ Ramali

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*