Tular video kepala manusia dikerat, digantung atas pagar buluh

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan satu kepala manusia digantung pada pagar buluh di kawasan perumahan di daerah Bishnupur, India pada 20 Julai lalu.

Memetik laporan India Today, kepala tersebut dipercayai milik seorang lelaki yang dikenali sebagai David Thiek. David merupakan salah soerang daripada tiga individu yang terbunuh semasa berlakunya pertempuran di daerah Manipur pada 2 Julai lalu.

Pertempuran tersebut merupakan serangan kejam yang dilancarkan oleh sekumpulan militan di kawasan pinggir yang bersempadan dengan daerah Bishnupur dan Churachandpur di negeri itu. Serangan tersebut turut melibatkan beberapa rumah dibakar dan penduduk kampung turut diculik.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui, kepala orang awam yang dipenggal semasa pertempuran itu akan dipamerkan oleh militan bersenjata di pelbagai lokasi.

Menurut sumber, video tersebut mula ditularkan pada 2 Julai lalu dan kini kembali disebarkan di media sosial.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*