“Tak salah memberi hadiah pengantin, tapi sampai mencemar adab, memang melampau…”. tegur Ustazah Asma’ Harun.
Susulan video pemberian hadiah kondom kepada pengantin yang tular baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terpanggil untuk menegur tindkana rakan-rakan yang disifatkan telah memalukan raja sehari.
Ustazah Asma’ turut menegaskan, jenaka lucah tidak sepatutnya dinormalisasikan kerana ianya memberi kesan kepada orang sekeliling, lapor Kosmo.
“Dalam video tersebut menunjukkan kawan-kawan pengantin lelaki sedang beratur memberikan hadiah, amat mengejutkan apabila hadiah yang diberikan membawa unsur lucah.”
Tambah Ustazah Asma’ budaya memberi hadiah pada pengantin di atas pelamin kini menjadi ikutan orang ramai, namun tak seharusnya dijadikan ‘trend’ jika tujuan untuk emmalukan diri sendiri atau publisiti.
“Sebenarnya saya yang menonton pun jadi malu, apatah lagi bila melihat kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan tertunduk sambil tutup muka dengan pemberian mereka yang tiada sedikitpun rasa malu.”
“Saya mohon, janganlah budayakan jenaka lucah sebegini, fikirkanlah apa kesannya kepada sesiapapun yang melihat.”
“Malu itu salah satu sifat mulia kerana ia melindungi kita daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.”
“Dengan malu, kita takut nak bermaksiat, sakiti orang lain, melihat perkara haram, mendedahkan aurat, buat perkara yang menjatuhkan maruah dan sebagainya.”
Kata Ustazah Asma’ lagi, tidak ada salahnya ingin memberi dan membuatkan pengantin gembira, namun jika ianya mencemarkan adab dan maruah maka sangat melampau ketika video berkenaan menjadi tatapan umum.
“Tidak salah ingin memberi, tidak salah ingin bahagiakan kawan ketika jadi raja sehari, tapi bila sampai mencemarkan adab depan orang ramai, bahkan ditontonkan pula secara terbuka di media sosial sebenarnya memang sangat melampau.”
Turut baca
- {VIDEO} “Insiden pelik…” Kecoh wanita tak bertudung kacau imam, rupanya ini terjadi
- “Janji tak buat lagi…” Lepas ‘masak’ dikecam, lelaki hina Adibah Noor tampil mohon maaf
- Kereta mewah Ronaldo bernilai RM9.17 juta terbabit kemalangan
Leave a Reply