“Janji tak buat lagi…” Lepas ‘masak’ dikecam, lelaki hina Adibah Noor tampil mohon maaf

“Janji tak buat lagi…” Lepas ‘masak’ dikecam, lelaki hina Adibah Noor tampil mohon maaf.

Gara-gara mempersenda ‘pemergian’ Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar di laman Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan teruk dikecam warganet malah segala maklumat peribadi menjadi perbualan ramai.

Susulan itu, lelaki berkenaan membuat pemohonan maaf secara tersebut atas keterlanjurannya di laman Facebook Ibnu Ahmad Ar-Rayyan lll dipercayai akaun terbarunya.

"Janji tak buat lagi..." Lepas 'masak' dikecam, lelaki hina Adibah Noor tampil mohon maaf

 

Bukan sekadar memohon maaf, namun lelaki berkenaan juga berjanji bahawa tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.

“Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya, serta peminat Almarhum khasnya diatas komen saya di Harian Metro tempoh hari .

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya. Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para solehah,” tulisnya dalam posting tersebut.

Dalam pada itu, Ibnu Ahmad Ar-Rayyan turut memaklumkan semua akaun Fb miliknya sebelum ini sudah disekat.

“Tak pasti dapat kembali atau tidak (akaun Fb). Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong ‘viralkan’ (tularkan) status saya,” katanya.

Sabtu lalu, negara digemparkan dengan pemergian Adibah Noor yang juga Finalis Gegar Vaganza musim kelapan disebabkan kanser ovari tahap empat.

Susulan berita tersebut, ramai menzahirkan ucapan takziah dan kesedihan menerusi laman sosial namun komen yang ditinggalkan Ibnu Ahmad Ar-Rayyan disalah satu laman berita menjadi perhatian berikutan tidak sensitif dan keterlaluan.

Komen itu sempat ditangkap layar oleh netizen yang kemudiannya menyebarkannya di laman sosial mereka.

Turut baca 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*