Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik.
Dalam sebuah klip video yang dimaut naik semalam, orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka.
Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal sempat, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa.
Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang.
- Turut baca : Rumah, kereta penjawat awam ditembak di Kok Lanas
Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir.
Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo dan Kampung Sumberwuluh.
Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan.
Leave a Reply