Harimau Malaya ‘pepah’ Papua New Guinea 10-0

Paulo Josue dan Arif Aiman Hanapi meledak hatrik ketika membantu Malaysia menewaskan Papua New Guinea 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam semalam.

Kemasukan Arif Aiman dan Faisal Halim di babak kedua jelas mengubah ketajaman Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon apabila sembilan gol dijaringkan dalam tempoh 45 minit.

Malaysia bermula baik dengan deretan percubaan dilakukan sebaik sepak mula, namun ketangkasan penjaga gol Papua New Guinea, Ronald Warisan, memastikan kedudukan seimbang menghampiri waktu rehat.

Bagaimanapun gerakan Akhyar Rashid di akhir babak pertama menjelmakan sepakan penalti apabila dia dikasari pertahanan Papua.

Safawi Rasid menyempurnakan sepakan untuk Malaysia mendahului 1-0.

Bermula babak kedua, kemasukan Faisal dan Arif Aiman jelas mengubah rentak permainan anak buah Pan Gon apabila tiga gol dijaringkan kedua-dua pemain berkenaan dalam tempoh tiga minit selepas Josue menambah jaringan pada minit ke-52.

Josue menambah jaringannya pada minit ke-64 sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-70 hasil gerakan Arif Aiman.

Daniel Ting turut menemui sasaran sebelum Arif Aiman melengkapkan hatriknya pada minit ke-87 dan meledak gol keempatnya dua minit kemudian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*