{VIDEO} Akibat tunggang lawan arus, penunggang motosikal melambung tinggi setelah bertembung

PENDUDUK di Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan dikejutkan dengan kemalangan ngeri membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Felda Lui Selatan.

Difahamkan, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 5.17 petang, Ahad.

Insiden kemalangan tersebut dipercayai dapat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebelum tular di media sosial.

Berdasarkan perkongsian laman Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia, penunggang motosikal terbabit dilihat membawa motosikal secara melawan arus.

 

Mangsa kemudian bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva sebelum melambung ke udara.

Perkongsian foto-foto menunjukkan motosikal itu bersepai di atas jalan manakala kereta tersebut pula terbabas masuk ke dalam semak.

Tiada maklumat lanjut diperoleh mengenai keadaan mangsa yang terlibat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*