Bila bercakap mengenai hal rumah tangga, pasti banyak pasang dan surutnya buat suami isteri.
Antara topik yang menjadi hangat adalah mengenai nafkah yang sering dipersoalkan sehingga sekarang. Dengan peredaran ekonomi kini, jumlah harga sekarang tidak sama seperti dahulu.
Dahulu, ia mungkin berbeza dan barangan jauh lebih murah. Tetapi, kini semuanya sudah naik harga dan mahal-mahal belaka. Jadi, sebab itu kita perlu lebih berjimat untuk masa akan datang.
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang individu berkongsi tangkap layar sebuah perbualan WhatsApp mengenai isu nafkah telah menjadi perdebatan ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Nafkah anak dia kata 200 seminggu cukup 💀 pic.twitter.com/ex3eDylbb0
— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) May 31, 2023
Isteri balas dengan harga-harga barangan pada suami
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar sebuah perbualan WhatsApp.
Difahamkan, ia adalah perbualan di antara seorang suami dan isteri. Dapat dilihat, suaminya mempersoalkan mengapa nafkah yang diberi RM200 begitu cepat habis sedangkan dia baru saja memberinya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila isterinya kemudian membalasnya dengan menyenaraikan setiap satu harga barangan rumah yang dibeli. Malah, dia juga memberitahu akan memberikan resit pembelian sebagainanti.
“Anak kalau sorang RM200 tu pun belum tentu cukup” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berpuas hati dengan jawapan yang diberikan wanita itu dan memberikan pandangan mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 2,582 retweets, 732 quotes tweets dan 5,860 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Leave a Reply