Memiliki usia yang lanjut merupakan satu nikmat yang diberikan Tuhan.
Iyalah selain beribadah, banyak masa boleh diluangkan dengan keluarga seperti anak cucu dan sanak-saudara. Namun, seperti umum ketahui kalau usia sudah lanjut, badan akan kurang bertenaga.
Tetapi lain pula dengan seorang nenek yang berusia 107 tahun ini apabila video dia yang kelihatan semangat dan cergas telah tular serta mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu dibawah:
Usia dah lanjut tetapi masih bertenaga buat aksi silat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang nenek sedang membuat aksi di rumah sambil dirinya dirakam.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia masih bertenaga dan kelihatan cergas melakukan aksi silat.
Dia berasal dari Kelantan dan orang ramai mengenalinya sebagai Bonda Moksu Pantai Sabak Kelantan. Difahamkan, dia juga sezaman dengan Mat Kilau dan pahlawan hebat yang lain.
“Aku yang umur 18 ini sakit belakang lah, sendi lah, lutut lah. Dah lah setiap kali sujud or rukuk tulang bunyi patah seribu” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 118K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan nenek itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Leave a Reply