Jika kita memandu ke pusat beli-belah, sudah tentu akan ada kawasan khas untuk parkir kenderaan
Kebiasaannya, ia akan dikenakan bayaran masuk. Walaupun parkir banyak, kadangkala mesti kita rasa penat dan letih bukan nak cari parkir. Iyalah, tambahan pula tempat berkenaan popular dan selalu dikunjungi ramai orang.
Namun, pernahkah anda mengalami situasi di mana kenderaan sebelah memakir sehingga masuk ke dalam kotak parkir anda? Sampai sikit saja lagi nak terlanggar kereta kita.
Situasi itu dihadapi oleh seorang lelaki yang berkongsi kemarahannya terhadap cara parkir sebuah kereta telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Suka menyusahkan orang kan? Parking sebelah tiang pun tak reti.
Lenkali bawak basikal. pic.twitter.com/dWfd5pqT87
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) May 18, 2023
Parkir sampai masuk petak kawasan keretanya
Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi situasi semasa dia sedang berada di sebuah tempat parkir kereta.
Apa yang membuatkan dia marah adalah kereta di sebelahnya itu parkir sehingga telah memasuki kawasan petak keretanya.
- Turut baca : Suami isteri maut jatuh hotel di Genting Highlands
Perkara itu membuatkan dia marah kerana ia boleh menyebabkan kesukaran untuk keluar, malah boleh menyebabkan perlanggaran juga. Malah, dia juga ada menampal sticker note pada kenderaan terbabit untuk menegur.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan dan reaksi mereka masing-masing.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 145.4K views, 325 retweets dan 679 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Leave a Reply