Seronok kerja kerasnya menumpahkan emosi gedik perempuan perampas berbekas di hati khalayak, pelakon Atikah Suhaime mengambil pendekatan tidak membaca segala komen negatif khalayak yang rata-rata mengecam karakter perempuan perampas lakonannya menerusi naskhah Andai Itu Takdirnya.
Kata pemilik nama penuh Nur Atikah Mohd Suhaime itu, bukan tidak menghargai respons peminat terhadap watak Sharifah Azreen lakonannya, namun pendekatan tersebut terpaksa dilakukan bagi menjaga mental agar tidak memberi tekanan terhadap diri sendiri.
“Setakat ini memang netizen benci dengan watak saya dan gembira melihat reaksi sebegitu.
“Saya okey orang kutuk watak Azreen tetapi apabila mereka mula mengkritik fizikal, saya memang tak akan baca komen sebab enggan jejaskan kesihatan mental,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.
Kongsinya, antara komen negatif yang diterima gara-gara watak Azreeen yang dilabel sebagai penyondol ialah wanita gedik dan hipokrit.
“Ramai yang cakap watak saya gedik, kutuk rambut gulung-gulung dan juga ketawa palsu.
“Malah ada yang sangka saya memang wanita gedik di luar sedangkan realitinya saya seorang individu introvert (pendiam),” jelasnya.
Tambah anak kelahiran Singapura itu, dia juga tidak mengharapkan watak sebegitu disukai memandangkan imej wanita penyondol layak dibenci.
“Kalau penonton suka, pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan masyarakat.
“Saya juga tak berharap masyarakat memuji watak Azreen sebab memang patut pun orang puji.
“Bagi saya, anda boleh menjadi wanita tercantik di atas muka bumi tetapi sekiranya berlakon watak jahat, semua perkara akan nampak buruk,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia terbuka hati untuk menerima tawaran tersebut kerana sudah lama tidak terlibat dengan penggambaran episod yang panjang.
“Sudah lama saya tidak buat drama panjang dan saya okey untuk terima.
“Watak ini pun menyeronokkan selepas membaca skrip ditambah pula tidak terbatas dan boleh melakukan apa sahaja,” jelasnya.
Sejak kebelakangan ini, watak Sharifah Azreen lakonan Atikah dalam drama Andai Itu Takdirnya menjadi bualan ramai kerana menggoda Syed Adam Aizril lakonan Shukri Yahaya iaitu suami kepada Aleya (Hannah Delisha).
Leave a Reply