TAHUKAH ANDA | Muhyiddin pahat rekod Perdana Menteri paling kontroversi negara

Tan Sri Muhyiddin Yassin secara sedar atau tidak, sudah memahat rekod sebagai Perdana Menteri paling kontroversi negara.

Bermula dengan pengambil-alihan kuasa secara ‘tipu daya’ melalui Langkah Sheraton pada Mac 2020, geraknya terus sumbang, mengikut paluan gendang penyokong sekeliling yang nyata dangkal dalam memberikan nasihat bernas.

Barangkali lupa dengan hakikat bahawa kejatuhan Barisan Nasional (BN) sebahagian besarnya disumbangkan oleh penyokong yang membawa rebah, Ahli Parlimen Pagoh itu terus alpa.

Pembentukan kabinet terbesar dalam sejarah pentadbiran negara, mencakupi 31 menteri dan 38 timbalan menteri itu gagal membawa sebarang kejayaan membanggakan.

Keputusan mereka seringkali ‘melangkaui’ logik fikiran, belum lagi ditambah kenyataan ‘merepek’ yang akhirnya menjadikan Malaysia satu jenaka di mata dunia, kerajaan Muhyiddin sememangnya gagal di mata rakyat.

Siapa boleh melupakan fakta air suam menghapus COVID-19 atau Spanish Fly yang sepatutnya disebut Spanish Flu?

Siapa pula boleh melepaskan saat gemilang penggambaran peragawati Rina Harun, yang bersalin kulit dengan persalinan pereka terkenal Man Kajang?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*