Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar berlari masuk ke Dewan Rakyat kerana enggan terlewat bagi hadiri sesi PMQ hari ini. Berita di https://bit.ly/40IWLQ7.
Begitulah dedikasi seorang PM. Sedangkan beliau baru sahaja pulang dari lawatan luar negara. Cukup kuat kalau nak dijadikan alasan untuk tidak hadir ke sesi tersebut. Tapi demi menunaikan janji, beliau tolak tepi soal penat.
Sesi begini tak pernah wujud di negara ini. Seperti yang kita semua tahu, PM sebelum ini akan cuba lari dari berjumpa pembangkang. Tapi DS Anwar pula berlari masuk dewan demi nak jawab soalan pembangkang.
Malangnya DS Anwar dapat penat je. Tokoh utama pembangkang iaitu Pengerusi PN dan juga Presiden Bersatu, Mahiaddin (Pagoh), Presiden PAS Hj. Hadi (Marang) dan Ketua Pembangkang Hamzah (Larut) semuanya lari daripada sesi itu.
Mereka langsung tak menghargai usaha DS Anwar mereformasi demokrasi. Kelakarnya, bukan PM yang takut, sebaliknya pembangkang yang kecut.
Dalam sesi hari ini DS Anwar menjawab soalan dari Jalaludin Alias (BN), Idris Ahmad (PAS) dan Mas Ermieyati (Bersatu). Tak pasti kalau Wan Fayhsal ada bertanya soalan juga.
Apa yang menarik, nampaknya MP pembangkang, selain Wan Fayhsal, tak ada yang berminat dengan soal lawatan DS Anwar ke Arab Saudi.
Hanya Wan Fayhsal yang terlajak meroyan. Malah pemimpin utama mereka lenyap. Kalaulah isu itu begitu signifikan, sudah pasti yang tiga orang itu akan tunjuk gagah untuk menekan DS Anwar.
Jadi kita tak perlulah layan budak mentah tu. Isu yang dibawanya tak disambut oleh pemimpin PN yang lain pun. Dia pun baru belajar nak berpolitik.
Hanya orang yang terdesak mahu tonjolkan diri dan bodek Mahiaddin saja akan anggap isu ini perlu. Manusia normal tahu menandatangani MoU serta pertemuan dengan pemimpin OIC sudah cukup jadi kayu aras kejayaan lawatan DS Anwar tersebut.
Kepada Wan Fayhsal, boleh cuba lagi lain kali. Tapi carilah isu yang boleh menampakkan kecerdikan diri, bukan sebaliknya.
Leave a Reply