RM30 juta untuk 200 tiang lampu ‘tidak masuk akal’ – Khalid

RM30 juta untuk 200 tiang lampu ‘tidak masuk akal’ – Khalid.

Nilai sebanyak RM30 juta untuk bina 200 tiang lampu pintar (smart pole) di Lembah Klang disifatkan jumlah yang tidak munasabah.

RM30 juta untuk 200 tiang lampu 'tidak masuk akal' - Khalid
Sekadar gambar hiasan

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, isu tersebut wajar diperjelaskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana nilainya agak tinggi.

RM30 juta untuk 200 tiang lampu 'tidak masuk akal' - Khalid
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad

“Nilai kontrak kira-kira RM30 juta untuk 200 tiang lampu pintar adalah terlalu tinggi dan kelihatan tidak munasabah.

“Saya nak komen lebih, saya tidak tahu tapi dari segi aspek lain, kita harap pihak berwajib boleh berikan penjelasan mengapa nilai tersebut begitu tinggi nilai satu tiang,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Rukun Tetangga Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, sebuah portal berita melaporkan tentang kontrak RM30.75 juta yang diberikan oleh DBKL kepada sebuah syarikat untuk menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, kos tersebut terlalu mahal dan meminta DBKL bersikap telus untuk mendedahkan butiran kerja yang terlibat dan penetapan harga.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*