Pertama Di Malaysia !!! Resort berkonsepkan kapal terbang bakal dibuka.
Sebelum ini, tular bas yang dijadikan sebagai tempat penginapan, kini muncul pula penginapan dalam kapal terbang yang terletak di Broga, Hulu Langat, Selangor.
Bakal dibuka tidak lama lagi, penginapan ini pasti akan menarik minat pengunjung dan menawarkan pengalaman baru dan unik buat para pengunjung.
Daripada hanya sebuah kapal terbang kini ia telah diubah suai menjadi satu tempat penginapan, ini adalah resort berkonsepkan kapal terbang pertama di Malaysia dan satu-satunya resort di dunia yang menggunakan 2 pesawat sebagai penginapan.
Pada waktu malam, pengunjung akan dapat melihat kecantikkan bintang sambil ditemani udara segar kerana lokasinya yang dikelilingi alam semulajadi dapat memberikan ketenangan buat para pengunjung yang menginap di sini.
Jika pengunjung tidak mahu menginap di penginapan jenis kapal terbang, terdapat juga penginapan biasa di Twin Jets Resort.
Menerusi laman sesawang Twin Jet Resort, harga penginapan biasa di resort ini bermula dari RM900 dan untuk Premium Jet pula berharga RM18,000.
Turut baca
- Memalukan !!! Penipuan bantuan Covid-19 di Australia, 2 rakyat Malaysia diberkas
- Video restoran asam pedas dianggap biadap tular, ini cerita sebenar
- “Rungutan jalan selalu jem…” Rupanya kenderaan melebihi populasi rakyat Malaysia
Leave a Reply