Video restoran asam pedas dianggap biadap tular, ini cerita sebenar

Video restoran asam pedas dianggap biadap tular, ini cerita sebenar.

Sejak kebelakangan ini, sebuah restoran asam pedas terkenal menjadi bualan hangat dalam kalangan orang ramai berhubung sikap pekerjanya yang dianggap biadap.

Ia selepas salah seorang pelanggan mereka memuat naik video serta luahannya yang kecewa dilayan sebegitu oleh pihak restoran terbabit.

Bagaimanapun, pekerja restoran tersebut memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut dan telah membuat permohonan maaf di atas ketelanjuran sikapnya.

Video restoran asam pedas dianggap biadap tular, ini cerita sebenar
Pekerja mohon maaf, mengaku terlebih emosi

“Bagi pihak kedai, saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadanf ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.”

“Tapi sejujurnya, bukanlah niat saya untuk sengaja bersikap marah-marah. Mungkin kita akan betulkan kesilapan itu di lain masa”

Rentetan peristiwa yang berlaku, dia juga tidak menolak kemungkinan pasti akan ada pihak akan memboikot kedai dan sebagainya, namun dia menegaskan ianya terpulang kepada hak masing-masing.

“Mana-mana (pelanggan) yang rasa tak sesuai dengan layanan saya itu, terpulanglah pada hak pelanggan masing-masing.”

“Tapi bagi pelanggan biasa yang tahu (perkhidmatan) kami, mereka tahu orang Melaka cakap memang kasar-kasar dan kuat tapi tak semua percakapan orang Melaka itu berbentuk makian.”

Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.

Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini.\

Orang Melaka bangga konon bahasa dia orang lah paling kasar tapi hakikat nampak macam orang bodoh je kalau guna bahasa kasar tambah-tambah orang tua nampak lagi bangang.

Sebelum ni aku suka makan kat sini, hari ni aku teringin nak bawa family aku dari singapore makan kat sini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*