TERKINI | Lot kedai di Pasar Datuk Keramat dijilat api.
Lot kedai di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, terbakar awal pagi tadi, turut membabitkan rumah berhampiran.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kebakaran marak disebabkan binaan kedai yang diperbuat daripada kayu.
Komander Operasi Mohd Fahmi Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.30 pagi tadi dan sepasukan operasi dengan kekuatan 47 orang anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada 1.41 pagi, (didapati) keadaan api sangat marak,” katanya dalam kenyataan.
“Kebakaran melibatkan lot kedai berkeluasan 80 x 120 kaki persegi dan anggaran kemusnahan kebakaran sebanyak 50%.
“Kebakaran turut melibatkan sebahagian rumah berhampiran terbakar dan dianggarkan musnah 10%.”
Kebakaran berjaya dikawal pada 2.11 pagi dan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, kata Mohd Fahmi.
Tahun lepas, dilaporkan lebih 40 gerai yang kebanyakannya sederet di pasar tersebut turut musnah dalam kebakaran.
Turut baca
- Wanita hamil maut ditembak, lelaki bergelar ‘Aimay’ diburu polis
- Penduduk kampung ‘gempar’ lihat anak lembu mata tiga
- “Penghantaran sepantas 30 minit…” Pasar raya Jepun guna robot hantar barang pelanggan
Leave a Reply