Zahid bidas Hadi, kalau dia buat dipanggil ‘sedekah’, orang lain buat jadi ‘rasuah’

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi membidas Presiden PAS Abdul Hadi Awang berikutan kenyataannya bahawa pemberian wang tunai oleh parti itu ketika PRU15 adalah sedekah.

Bercakap dengan pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA, Zahid menyifatkan kenyataan itu sebagai hipokrit.

“Kalau dia buat (dipanggil) sedekah, kalau kita (buat) dipanggil rasuah,” katanya.

Presiden Umno itu juga menggambarkan Hadi sebagai seorang “ulama politik” dan menggesanya agar tidak mengubah hukum sesuatu perkara.

“Ulama ini jangalah tukar-tukar hukum. Akhirnya ulama politik tak akan dihormati oleh rakyat dan orang Islam,” katanya lagi.

Zahid bidas Hadi, kalau dia buat dipanggil 'sedekah', orang lain buat jadi 'rasuah'

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*