44 penumpang berdepan detik cemas bas ekspress terbakar di plaza tol

Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi, pada Ahad.

44 penumpang berdepan detik cemas bas ekspress terbakar di plaza tol

“Sebuah bas persiaran dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100 peratus.

44 penumpang berdepan detik cemas bas ekspress terbakar di plaza tol

“Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*