Perdana Menteri mendedahkan empat negeri yang kini diterajui pembangkang menerima royalti jauh lebih tinggi daripada Kerajaan Pusat.
Malah kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah royalti yang diterima keempat-empat negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis itu lebih tinggi daripada sebelum ini.
“Bagi saya, kalau kita kumpulkan, lebih tinggi daripada jumlah royalti yang kita ambil. Tapi fakta itu, kadang-kadang tidak sampai di bawah.
“Sebabnya politiklah, tapi kalau soal kemiskinan, soal pendidikan, kesihatan kemudahan-kemudahan asas, kerosakan misalnya keruntuhan tebing tasik kenyir kita pertimbangkan dan segerakan (luluskan peruntukan) RM2 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi TownHall pada Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam perbincangannya dengan Menteri Besar termasuk dari negeri pembangkang, perlulah dirunding dengan baik dan beliau akan mengenetepikan perbedaan politik.
“Bagi saya ini soal kerja dan soal kerjasama dengan kerajaan negeri cukup jelas. Kalau negeri ambik sikap postif ia memudahkan kalau ambik sikap bengis ia akan mempersulitkan,” katanya.
Baca juga :
Leave a Reply