3 tahun makan rasuah, pembantu penguatkuasa JPJ mengaku tak salah

Seorang pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM27,600 antara 2016 hingga 2019.

Tertuduh, Ahmad Jamil Md. Saru, 40, bagaimana membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bertugas di JPJ Cawangan Muar itu telah menerima rasuah berjumlah RM27,600 menerusi empat transaksi berbeza di Bank CIMB Cawangan Muar antara 26 Januari 2016 hingga 24 Mac 2019.

Tertuduh didakwa telah menerima sejumlah wang berkenaan daripada Pengurus Syarikat Sivan Sakthi Maju Enterprise, P. P. Vijayan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori milik syarikat berkenaan.

Atas perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan tertuduh sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 20 September untuk tarikh sebutan semula kes.

Turut baca

3 tahun makan rasuah, pembantu penguatkuasa JPJ mengaku tak salah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*